Saturday 4 June 2011

SEJAMBAK MAWAR

KUNTUM 1: Ketahuilah bahawa Allah mengampuni orang yang memohon ampun akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat.
KUNTUM 2: Perihatinlah dengan orang yang lemah anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan,anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian anda akan dihargai.
KUNTUM 3: Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu,para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menanti anda.
KUNTUM 4: Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah.Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.
KUNTUM 5 : Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna,kerana tidak seorang pun didunia boleh mendapat semua keinginannya.
KUNTUM 6 : Contohilah pohon kurma: tinggi cita-citanya,kebal dari penyakit,dan jika dibaling dengan batu,ia membalas dengan mengugurkan buahnya..
KUNTUM 7 : Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput,kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya anda bersedih?
KUNTUM 8 : Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka,tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.
KUNTUK 9 : Siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.
KUNTUM 10 : Mandi,berwuduk,memakai wangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan setiap kesusahan dan kesedihan.